|
||||||||||
Logo Dan Sejarah Sekolah LOGO SEKOLAH Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM 2 Tahun Dibuka : 2005 1.1 Maksud Warna 1.1.1 Biru Perpaduan dan Semangat berusaha kearah kecemerlangan 1.1.2 Merah Berani serta mempunyai jati diri untuk menghadapi cabaran dan menuju kecemerlangan 1.1.3 Kuning Melambangkan kesetiaan dan kepatuhan kepada sekolah dan negara
1.2 Maksud Bentuk 1.1.1 Buku – buku merupakan elemen pengetahuan yang utama untuk menuju kecemerlangan 1.1.2 Perisai – bersedia untuk menghadapi berbagai cabaran 1.1.3 2005 – sekolah mula beroperasi 1.1.4 Kulit buku – teras kepada segala ilmu yang diterima semasa di sekolah 1.1.5 Mortar Board/Hood – mendapat kejayaan SEJARAH SEKOLAH 1.1 Sejarah Sekolah Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 , Melaka mula ditubuhkan dan beroperasi pada 01 Januari 2005 bersamaan 12 Zulkaedah 1205. Keluasan sekolah 10 hektar dengan kos pembinaan perbelanjaan berjumlah RM 10.6 Juta. Sekolah ini berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh dan kawasan Parlimen Bukit Katil. Sumber murid adalah datang dari petempatan taman perumahan dan dua buah kampung tradisional pinggir bandar iaitu Kg Sg. Putat dan Kg Pengkalan Batu. Kebanyakan ibubapa dan penjaga murid bekerja di sektor Kerajaan dan sektor Swasta . Sekolah ini menyediakan perkhidmatan dari PraSekolah, Pendidikan Khas, Tahun 1 hingga ke Tahun Enam. Murid sedia ada diambil dari SK Batu Berendam , SK Peringgit dan SK Bukit Beruang. Bilangan murid yang didaftarkan pada 01 Januari 2005 adalah seramai 750 orang dengan jumlah guru 34 orang dan staf sokongan 2 orang. Memandangkan kepesatan pertumbuhan taman perumahan yang berdekatan sehingga kini bilangan murid telah meningkat kepada 1196 orang dan bilangan guru dan kakitangan sokongan bertambah kepada 70 orang. Bilangan kelas perdana sebanyak 28 buah, pra sekolah 2 buah, pendidikan khas 4 buah dan pemulihan khas sebanyak 1 buah. Pada awal sekolah ini beroperasi pentadbirnya terdiri daripada En. Abdullah Bin Hj. Khamis (Guru Besar), Tn. Hj. Harun Bin Hj. Yaakub (GPK Kurikulum), En. Yahya Bin Samad (GPK HEM) ,dan En. Bobby Wee Teck Seng (GPK KoKurikulum). Sementara staf sokongan terdiri daripada Pn. Nozie Bte Sabtu (Pembantu Tadbir) dan En. Abd Rashid Bin G. Mohammed(Pembantu Am Rendah). Senarai Guru Besar yang pernah dan sedang menerajui SKBB2
MEMBENTUK GENERASI.... CEMERLANG , GEMILANG , TERBILANG
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |