skbbmt.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM 2
KM 6.5, JALAN HANG TUAH JAYA, BATU BERENDAM Tel : 063177589, Faks : -
e-mel : skbbmt@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | BIMBINGAN DAN KAUNSELING | KATA ALU-ALUAN | PENDIDIKAN KHAS | LOGO DAN SEJARAH SEKOLAH | PRA SEKOLAH | HAL EHWAL MURID | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT |



SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(FARIDAH BINTI MOHD FADZIL)
  Assalamualaikum dan salam muhibbah,
           Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak terutama unit ICT SkBB2 kerana berjaya mewujudkan laman web SKBB2.
            Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung pada pembangunan pendidikan yang terancang  dan bersepadu sehingga melahirkan modal insan yang cemerlang. Modal insan yang dilengkapi ilmu mampu mendepani cabaran era globalisasi . Generasi berilmu akan menjamin kestabilan dan kemajuan negara.
            Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha memperkasakan bidang pendidikan demi memastikan hasrat melahirkan insan berilmu , berkemahiran ,berdaya saing ,  berhemah tinggi , bersalsiah mulia , berdisiplin serta memiliki minda kelas pertama atau minda bestari.
            Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) merupakan pelan perancangan pendidikan yang telah menggariskan usaha dan pendekatan untuk mencapai hasrat tersebut . Teras ke tiga PIPP iaitu memperkasakan Sekolah Kebangsaan memberi fokus untuk menjadikan sekolah-sekolah aliran perdana sebagai pilihan masyarakat agar perpaduan kaum dapat disemai sejak peringkat awal persekolahan.
              Program-program yang telah dijalankan di sekolah mencerminkan budaya Malaysia dan dapat meningkatkan pencapaian dari segi akedemik , kokurikulum, dan pembangunan sahsiah . Marilah kita bersama-sama berusaha keras kearah itu untuk merealisasikan hasrat negara yang kita cintai ini. Lakukan anjakan paradigma dan pemikiran global dan bantuan secara total.
Wassalam.....
       

BIODATA GURU BESAR
Nama        : FARIDAH BINTI MOHD FADZIL
T/Lahir      : 22 September 1955
Negeri       : Pahang
Kelulusan  : Diploma Sains dan Pendidikan , UTM (1978)
                   Diploma Pengurusan dan Kepimpinan , IAB (1997)
Pendidikan rendah        : Sek. Kg. Bintang , Temerluh (1962)
& menengah                   SK Bandar Mentakab (1963-1964)
                                      SK Teruntum, Kuantan (1965-1967)
                                      SM Alor Akar , Kuantan (1968-1970)
                                      SM Abdul Rahman Talib (1971-1974)
Pengalaman mengajar   : SMK Seri Ampang, Kuala Lumpur (1978- 1979) - Guru Penolong
                                      SMK Datk Bendahara , Jasin ( 1980-1992) - Guru Penolong
                                      SK Datuk Palembang  ( 1992-1995) - GPK Kokurikulum
                                      SK Sungai Udang  ( Mac 1995- Ogos 1995) - Guru Besar
                                      SK Kesang Tua  ( September 1995 ) - Guru Besar
                                      SK Banda Hilir ( Oktober 1995- Februari 1999 ) - Guru Besar
                                      SK Peringgit  ( Mac 1999- September 2002 ) - Guru Besar
                                      SK Bukit Beruang  ( September 2002 - Oktober 2007)
                                      SK Batu Berendam 2 ( November 2007 - kini)
Sumbangan                   :  1. Guru Sumber Sains  (1994- 2000)
                                       2. Ketua Panitia Sains Daerah Melaka Tengah ( 1999- 2002)
                                       3. Bendahari MGB kawasan Bukit Cina ( 1999- 2007)
                                       4. Pen. s/usaha Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Melaka
                                           ( 2001- sekarang)
                                       5. Fasilitator Sains (1994- sekarang)

MEMBENTUK GENERASI....

CEMERLANG , GEMILANG , TERBILANG


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: